Pekerja Malaysia bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 4.5 peratus secara median pada tahun depan, demikian mengikut tinjauan jumlah imbuhan 2021 oleh Mercer.<br /><br />Tinjauan tahunan itu dibuat membabitkan 544 organisasi dengan 97 peratus daripadanya adalah syarikat multinasional (MNC) merentasi 10 industri di Malaysia di antara April dan Jun tahun ini.